Sabtu, 12 Mac 2011

KETERANGAN KURSUS


BISMILLAHIR RAHMAANIR RAHIEM

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULAHI WABARAKATUH!



Sudahkah anda mempelajari Ilmu Menterjemah Al Qur’an?


Sudahkah anda mengerti dengan mudah 30 juzuk Al Quran?


Sudahkah anda mengerti intisari Kitab Al Qur’an?


Inginkah anda menerima pimpinan Al Quran ?


Anda telah diseru supaya memahami dan kembali kepada Al Qur’an, tetapi dimanakah anda hendak mempelajarinya?


Beberapa banyak buku terjemahan dan tafsiran yang anda baca dan miliki, tetapi benarkah anda berjaya memahaminya satu persatu?


Jika dikemukakan kepada anda sebuah Al Qur’an yang berbahasa Arab itu, dapatkah anda membaca dan menerangkannya dalam bahasa Melayu?


Kenapa Al Qur’an itu dibiarkan membisu dan membeku dalam lipatannya?


Bukankah sebenarnya Al Qur’an itu menjadi hidayah pembimbing manusia?


Percayakah anda bahawa Kitab Al Qur’an itu memang boleh dipelajari dan difahami?


Percayakah anda bahawa untuk mempelajari Al Qur’an itu terpaksa mengambil masa berbelas tahun dan terpaksa mahir terlebih dahulu bahasa Arab dan ilmu alatnya?


Tetapi sebaliknya percaya pulakah anda bahawa KTF Institiut boleh memberikan pelajaran ini dengan cepat yang hanya mengambil masa dua tahun?



KTF INSTITIUT MENYEDIAKAN


Kursus Menterjemah Kitab suci Al Qur’an dengan method baru yang sistematis yang pertama dan utama di Asia Tenggara.



PENYAMPAIAN



Anda boleh mengikuti pelajaran anjuran KTF Institiut ini dimana jua anda berada dan diperingkat apa jua kedudukan anda, pelajaran akan disampaikan melalui CD Audio Visual melalui kiriman Pos atau e-mail.


Pelajaran disediakan untuk Kader Ulama' dan Zu'ama' tanah air masa depan. InsyaAllah akan mendapat kemahiran menterjemahAl Quran serta mentafsirnya dalam masa yang paling singkat, lengkap dengan ilmu yang berkaitan dengannya.

Boleh diikuti oleh:-


  • Para pendidik tanah air
  • Para siswa semua peringkat
  • Para belia dan beliawanis negara
  • Para pemimpin masyarakat
  • Para pecinta Islam
  • Dan oleh seluruh muslimin yang menyintai Allah.

  • Samada dikota maupun desa.
  • Samada dimahligai maupun dibawah atap selayar
  • Samada sudah mempunyai asas bahasa Arab maupun belum



DENGAN SYARAT



Boleh membaca Ayat-ayat didalam Al Qur’an, samada tamat maupun belum.

Boleh menulis dan membaca tulisan Rumi dan Jawi sekadar dapat.


Sanggup mematuhi tata peraturan KTF Institut sepenuhnya.



KTF INSTITIUT menyediakan dan menyampaikan pelajaran untuk memahami Al Quran seperti berikut:-


Isi Pelajaran


A. Pelajaran Menterjemah

1. Bimbingan memberi erti yang betul bagi setiap lafadz.

2. Bimbingan memberi erti yang betul bagi satu-satu rangkap Ayat Al Qur’an.

3. Memahami maksud rangkapan Ayat Al Qur’an.

4. Pemindahan maksud dari uslub bahasa Arab kepada bahasa ibunda.


B. Ilmu tatabahasa

1. Pedoman mengenal bentuk kalimat Al Quran

2. Pedoman dan cara memberi erti yang betul

3. Ilmu Saraf dan Nahu dan selok beloknya



KTF UNTUK MUSLIMIN



Institiut KTF diujudkan adalah semata-mata ingin menyampaikan pelajaran menterjemah dan memahami Kitab suci Al Qur’an dan Sunnah Rasul SAW yang menjadi sumber syariat Islam.

Pelajaran memahami Al Quran adalah terlalu penting dalam perkembangan Islam. Yang demikian kami berusaha memperkenalkan kandungan Wahyu Allah itu kepada segenap muslimin dirantau sebelah sini.



Kursus Tertulis Al Furqan (KTF) ini disusun dengan rapi oleh gurunya USTAZ HASHIM A. GHANI setelah dipraktikkan sejak tahun 1949. la adalah merupakan buah hasil dari pengajaran guru pertama MAULANA MUHAMMAD MA’ADAH BIN LAYANG rh yang mengetuai Maktab Perguruan 'ALIAH ISLAMIYAH, Pelangai, Kuala Pilah, N. Sembilan tahun 30han.



KAEDAH ISTEMEWA



Kaedah memahami Al Quran oleh KTF Institiut ini telah melahirkan ramai yang berkemahiran memahami dan menterjemah Al-Qur’an termasuk ilmu Saraf dan Nahunya.

Ramai orang kurang yakin dengan kenyataan ini, tetapi inilah yang sebenarnya telah berlaku dan terbukti bagi mereka yang telah mengikuti pelajaran kami.

Kami mempunyai ramai para siswa seluruh tanah air dari Perlis hingga ke Sabah, termasuk siswa yang berada di Brunei, Singapura dan Indonesia dan kaedah ini terus berkembang dengan meluas.



BERSYUKUR


Kami menerima banyak sanjungan serta galakan dari banyak tokoh luar dan dalam negeri, antaranya Hj. Ahmad Hj. Awang, Institut Dakwah dan Latihan Islam, Pusat Islam, Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Bapak Prof. Dr. Hamka, Ustaz A. Qadir Hassan dari Persatuan Islam Bangil, Buya Malek Ahmad Naib Presiden Muhammadiyah Indonesia dan juga Alm. Ustaz Abu Bakar Al Asy'ari dan lainnya kerana kepada mereka kami serahi naskah asal untuk penelitian.

Kami bersyukur kehadrat Allah SWT kerana banyak sanjungan dari para siswa kami dan juga dari para pernimpin Islam itu.

Sekian, wassalam.



DAFTAR SEGERA SUPAYA ANDA TIDAK KETINGGALAN



PEMBELAJARAN MELALUI CD AUDIO VISUAL


Pelajaran menterjemah Al-Qur'an melalui CD AUDIO VISUAL yang kini sedang dijalankan dengan lancar dan memuaskan. Sistem ini amat memberi kesan, kerana gurunya berada di samping anda. Pengajaran diterima secara langsung dalam keadaan yang menyenangkan dan anda boleh mempelajarinya bersama keluarga dan sahabat.


Anda hanya perlu memainkan CD tersebut yang mengandungi pelajaran kami dan membuka Al-Qur'an hadapan anda, di situ anda akan dibimbing bukan sahaja membunyikan Ayatnya, tetapi terus pula dibimbing memberi erti yang betul bagi kalimat kalimat yang berbahasa Arab itu kepada Bahasa lbunda, sedikit demi sedikit anda akan dibawa kedalam lautan iImu yang mengkagumkan.


Selama ini anda ingin akan menguasai Bahasa Arab kerana ia adalah bahasa Al-Qur'an, ini akan anda temui dalam pelajaran kami kelak.


Anda tidak perlu tamat 30 juzuk Al-Qur’an, paling tinggi memerlukan 10 juzuk, kerana disamping panduan lengkap. sebuah Kamus (edisi jawi dan rumi) disediakan. dengan itu anda akan bergerak terus menguasai ke 30 Juzuk dengan mahirnya.


Kami mempunyai ramai siswa yang mengikuti sistem ini, mereka kagum atas panduan kami yang sistematis lagi selesa, mereka tidak canggung mempersoalkan isi Al-Qur'an. samada tentang pengertian yang mendalam itu maupun tentang ilmu Nahu-Sarafnya, walaupun sebelum itu mereka tidak mengetahui apapun mengenainya.



AMAT BERFAEDAH


Anda tentu memilk sebuah alat yang sesuai yang sesuai untuk mengikuti pelajaran yang penting ini. kerana harta yang anda belanjakan untuk perkara sesia lebih banyak dari faedah yang anda perolehi. Anda tidak akan mengalami kesulitan untuk mendapatkan ilmu yang amat berfaedah lagi berguna untuk dunia akhirat menerusi anjuran kami.


KTF Institiut menyediakan dan merakamkan pelajaran ini setelah melalul ujian yang lama dan pengalaman yang banyak. setiap CD kami susunkan dua pelajaran sahaja dengan masa sejam.

Anda akan menerima pelajaran dengan sempurna dan memuaskan lagi menggalakkan. Juzuk Pertama Al-Qur'an mengandungi 22 pelajaran dalam 11 CD, termasuk sebuah CD Muqaddimah yang menghuraikan perihal Kitab Al-Qur'an dan tujuannya.


Juzuk Kedua dan seterusnya akan berkurangan jumiah CDnya, tidak sebanyak juzuk yang pertama Anda akan pasti menganggap pelajaran ini amat penting dan berharga.



HARGA KURSUS


Pada kami telah tersedia sebanyak 30 buah keset yang mengandungi 58 pelajaran, yang kami bahagikan kepada 6 set kesemuanya, dan anda mempunyai dua pilihan untuk memiliki CD-CD tersebut-


A. Pilihan Pertama:


Setelah membuat bayaran dengan kami dengan bayaran sebanyak RM 175.00 kami akan kirimkan set pertama berserta dengan sebuah buku Tata Bahasa Al-Qur'an dan Kamus Menterjemah Al-Qur’an (edisi rumi). Setelah anda menamatkan pelajaran set pertama, anda boleh memiliki set seterusnya dengan menghubungi kami berserta bayaran dan begitulah seterusnya untuk set-set berikutnya.


1. Set Pertama (6 CD) RM 175.00 (Termasuk Buku TataBahasa dan Kamus)

2. Set Kedua (5 CD) RM 80.00

3. Set Ketiga (5 CD) RM 80.00
4. Set Keempat (5 CD) RM 80.00

5. Set Kelima (5 CD) RM 80.00

6. Set Keenam (4 CD) RM 80.00



B. Pilihan Kedua.


Anda boleh memiliki kesemua set pelajaran tersebut dengan bayaran sebanyak RM 450.00 (berserta dengan sebuah buku Tata Bahasa AL-Qur an dan Kamus KTF(edisi rumi).



KEMUDAHAN PERTANYAAN



Pihak kami bersedia menerima sebarang pertanyaan dan soalan berhubung dengan pelajaran ini melalui persuratan. talian telefon, fax atau Face-book.

Anda tidak perlu ragu mengenai pelajaran ini, oleh itu mulakanlah perhubungan dengan kami sekarang, agar anda tidak ketinggalan, disebabkan bahawa pelajaran yang bakal anda perolehi amat penting.



MENJADI SISWA KAMI



Untuk mendaftar sebagai keluarga dan siswa KTF Institiut silalah berbuat seperti berikut:-

Kirimkan kepada kami bayaran yang telah ditetapkan, jika melalui kirim wang pos atas nama KTF INSTITIUT dan poskan dialamat 31, Wisma Sentosa, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus. Atau melalui kiriman OnLine atas nama HAZMAN BIN HASHIM AKAUN MAYBANK KUALA PILAH NO: 1550 2325 4762 dan emailkan salinan tanda bayaran kepada gemilangkp@hotmail.com.



Sekian. wassalam



K.T.F. INSTITIUT,

31, Wisma Sentosa.

72000 Kuala Pilah,

Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tel : 016-6117962

E-mail : gemilangkp@hotmail.com



SERUAN KAMI

MARILAH MEMPELAJARI ISI AL-QUR'AN.



Dalam perkembangan dakwah Islam begini pesat, sudahkah anda meneliti diri anda sendiri secara jujur, apakah anda sudah memulai titik awal mengisi dada dengan pengetahuan Al-Qur'an, relakah anda sepanjang hudup, menjadi penuntun dan pembonceng orang lain dalam semua tindakan?


Benarkah anda percaya bahawa Al-Qur'an adalah punca segala ilmu, sumber semua perkembangan dan kemajuan? Jika benar, sudahkah anda bertindak memahaminya dari saat ini. Apakah anda sudah merasa puas setelah hanya mengetahui satu dua ayat untuk diterjemahkan? Dengan menterjemah dua tiga ayat tidak akan menimbulkan apa-apa kesanpun dalam jiwa anda dalam menuju arahan dan menerima ajaran Al-Qur'an!


Siapa kata anda tidak layak mempelajari dan memahami Al-Qur'an? Kecuali iblis sahaja yang menghasut Umat Islam supaya menjauh diri dari Al-Qur'an dengan pelbagai helah.


KURSUS TERTULIS AL-FURQAN yang kami sediakan sekarang belum pernah diadakan seumpamanya dirantau sebelah sini, ia telah mula mendapat sambutan dari seluruh negara dari Perlis hingga ke Sabah termasuk juga Singapura, Brunei dan telah diperkenalkan di Indonesia setelah mendapat sokongan dari banyak tokoh Islam di sana termasuk Alm. Pak Natsir dan Alm. Prof Dr. Hamka.


Pada kesempatan ini kami menyeru anda untuk terus berhubung dengan kami dan mendaftarkan diri sebagai siswa kami tanpa menunggu esok.


Kursus kami ini disediakan dengan suatu sistem yang, paling mudah untuk memahami dan mempelajari Al-Qur'an dari juz pertama hingga tiga puluhnya, lengkap dengan pedoman dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya menerusi Bahasa Malaysia sebagai pengantar.


Silalah bertindak segera. Terima kasih. Wassalam



PENGETUA

KTF INSTITIUT.

1 ulasan:

  1. Tuan Hazman, saya telah memesan dan membayar pada 1/3/2013 tetapi masih lagi belum menerima set pelajaran KTF. harap maklum.

    jamaludin a. bakar

    BalasPadam

PERMOHONAN KURSUS

NAMA:
ALAMAT:
NO. TELEFON:
NO. KAD PENGENALAN:
BOLEH/TIDAK MEMBACA AL-QUR'AN:
BAYARAN KURSUS MELALUI POS/ONLINE
Email :

This form powered by Freedback